Kuala Lumpur - Penyebaran maklumat kononnya seorang wanita dirogol enam lelaki selepas diberikan dadah jenis 'Rohypynol' dan 'Progesterex' yang tersebar dalam laman sosial adalah palsu, menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara, Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan menerusi laman Facebook rasmi PDRM berkata, hasil semakan setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan perkara itu.
Beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan ketakutan serta kegusaran kepada masyarakat.
Sesiapa yang disyaki menyebarkan maklumat palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor