Pages

Wednesday, June 10, 2015

KREW PRODUKSI JUMPA 85 BUTIR PELURU HIDUP


PDRM


Georgetown - Sekumpulan krew sebuah syarikat produksi tempatan terkejut apabila menemui 85 butir peluru hidup di Empangan Air Itam, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, dalam kejadian pada 11 pagi ini, krew berkenaan sedang melakukan tinjauan untuk mengadakan sesi pengambaran di kawasan empangan itu.

Beliau berkata, peluru jenis 32mm yang sudah berkarat itu ditemui bertaburan di kawasan lapang berpasir dan polis tidak menemui sebarang kotak atau bungkusan di tempat kejadian.

"Kawasan itu biasanya dinaiki air semasa hujan lebat dipercayai menjadi punca peluru itu berkarat dan berkemungkinan juga ia sudah lama dibuang di situ," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, keadaan peluru yang sudah berkarat itu juga menyukarkan proses pengesanan cap jari.

Katanya peluru itu telah dihantar ke Unit Persenjataan (AMRA) untuk tujuan analisis selain mengenal pasti jenis senjata api yang digunakan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor