Pages

Monday, June 8, 2015

DITIKAM SELEPAS BUANG RAKAN DARI GRUP WHATSAPP


Ditikam selepas buang rakan dari grup WhatsApp


India - Seorang lelaki ditikam dan dibelasah oleh dua lelaki yang diupah rakannya selepas membuang mereka dari grup aplikasi pesanan mesej WhatsApp.

Bunty Kurseja diserang di kedai pakaian miliknya selepas membuang dua rakannya Anil Mukhi dan Naresh Rohra dari satu grup WhatsApp yang dinamakan 'Jai Ho'.

Menurut laporan dna, kedua-dua rakannya itu dikatakan sering menghantar mesej lucah kepada grup berkenaan yang ditubuhkan bertujuan untuk berbincang mengenai industri pakaian.

Walaupun diberi amaran supaya tidak lagi menghantar mesej berbaur lucah namun ia langsung tidak diendahkan mereka.

Selepas mendapat nasihat dari beberapa rakan yang lain, Bunty kemudian bertindak membuang mereka dari kumpulan itu beberapa hari selepas itu.

Gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan Bunty, mereka kemudian mengupah dua lelaki untuk membalas dendam.

Bunty cedera selepas ditikam, ditumbuk dan dipukul oleh kedua-dua lelaki berkenaan.

Sementara itu, jurucakap polis, Monaj Chouhan mengesahkah kejadian itu dan berkata, salah seorang dalang serangan itu telah ditahan dan akan didakwa di mahkamah.

"Pihak polis telah meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) di kedai berkenaan dan secara jelas menunjukkan mangsa diserang oleh dua lelaki dengan pisau," katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor