Pages

Sunday, June 14, 2015

ALAT PERANGKAP JENTIK-JENTIK DIPASANG


Tapak binaan diarah tutup


Kuala Lumpur - Sebanyak 2,000 alat perangkap pembiakan jentik-jentik (MLTD) akan dipasang di kawasan yang mencatatkan kes demam denggi tertinggi di seluruh Wilayah Persekutuan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata, pemasangan alat yang menelan kos RM30,000 itu akan dilakukan secara berperingkat bagi mengesan, mengawasi dan mengawal pembiakan nyamuk aedes sekaligus mencegah wabak demam denggi daripada menular dan merebak.

"Untuk permulaan kita edarkan MLTD ini di kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Manakala untuk Labuan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek Komuniti Bebas Denggi (KBD) di sini, semalam.

Beliau berkata latihan menggunakan alat MLTD itu dilaksanakan menerusi projek KBD yang merupakan inisiatif kerajaan mengurangkan kadar kematian akibat gejala denggi.

Katanya, sekiranya penggunaan alat itu berjaya, kerajaan akan menambah lagi unit MLTD berkenaan untuk diedarkan kepada setiap isi rumah di seluruh Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata tanggungjawab membasmi nyamuk aedes bukan hanya terletak pada kerajaan, sebaliknya semua pihak mesti sama-sama bertanggungjawab memastikan
kawasan di sekeliling bebas daripada pembiakan nyamuk aedes.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor