Pages

Monday, June 15, 2015

2 REMAJA DISERANG JERUNG




Washington – Seorang remaja perempuan mengalami kecederaan di lengan manakala seorang remaja lelaki cedera parah dalam serangan jerung berasingan di pantai North Carolina, kata pegawai dan media, hari ini.

Pihak berkuasa bergegas mengarahkan orang ramai supaya menjauhkan diri dari pantai Oak Island selepas jerung menyerang remaja perempuan berusia 14 tahun, diikuti remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan terputus lengannya.

Datuk Bandar Oak Island, Betty Wallace berkata, remaja perempuan itu yang berkunjung di kawasan berkenaan bersama keluarganya diterbangkan ke hospital bagi menerima rawatan.

“Satu perkara yang kami harap tidak berlaku kepada pengunjung pantai adalah serangan jerung.

“Disahkan sebahagian lengan kiri mangsa terkoyak dan kaki kirinya mungkin terputus.

“Marilah kita berdoa untuk keselamatan remaja perempuan ini dan keluarganya,” kata Wallace.

Kurang 30 minit kemudian, seorang remaja lelaki diserang dan mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Kejadian berlaku beberapa kilometer dari pantai Ocean Isle, di mana seorang remaja perempuan 13 tahun diserang jerung pada Khamis lalu.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor