Tok Awang kebetulan ada di Kg. Leban Condong pagi tadi. Melihat pembuangan undi yang berjalan lancar. Calon BN, Tok Hasan membuang undi disini, di kampongnya sendiri. Rasa Tok Awang, peti undi disini dipenuhi warna biru.
Tak ada sebarang kekacauan berlaku diantara kedua-dua penyokong pada hari pembuangan undi hari ini. Mungkin sebabnya adalah kerana jentera perayu undi pembangkang terutamanya Pas sudah beredar pulang ke negeri masing-masing.
Menengok kepada yang keluar mengundi, Tok Rasa majoriti yang akan kita dapat nanti tentunya merosot. Kemungkinan untuk mendapat majoriti 15 ribu sukar dicapai kerana pengundi ambil sikap tak kisah kerana yakion dan pasti BN tetap akan menang. Namun dalam masa sama mereka tidak sedar bahawa pembankang berusaha keras untuk mengurangkan jumlah undi BN untuk dicanangkan ke Permatang Pauh nanti kononnya BN sudah semakin ditolak rakyat.
Berbagai cara telah digunakan oleh pembangkang bagi meraih undi termasuklah memberikan 'rasuah' kain batik kepada masyarakat orang asli yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kuantan. Bagaimanapun khabarnya, orang asli yang mereka lawati menyambut kehadiran mereka dengan hambar, cuma mereka saja yang muka tak malu terus merayu undi bagi pihak Pas.
Tok Awang nak tinggalkan kisah pilihanraya ini kerana Tok Awang nak pergi memancing udang galah. Keputusan BN menang sudah diduga, jadi Tok Awang pun tak ragu dah. Tok Awang pun tidak peduli sangat pada majoritinya. Tok pun yakin bahawa undi BN walaupun berkurangan namun peratusannya berdasarkan jumlah pengundi tetap tinggi.
Tok Awang Selampit.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor