KUALA TERENGGANU – Pemuda Umno Terengganu berterima kasih kepada individu yang membocorkan maklumat sulit tentang pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Tabung Haji (TH) bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange.
Ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar berkata, jika bukan kerana individu tersebut, rakyat khususnya pendeposit TH tidak akan tahu tentang pembelian sebidang tanah yang kini timbulkan rasa tidak puas hati semua pihak.
Sehubungan itu, beliau meminta pihak pengurusan TH memberi jawapan segera dan konkrit bagi meredakan kemarahan rakyat terutama pendeposit TH, kerana mereka berhak mengetahui bagaimana wang mereka depositkan dilabur.
“Kami faham TH perlu buat pelaburan dalam sektor hartanah bagi membolehkan pendeposit TH mendapat pulangan dalam bentuk dividen. Persoalannya, adakah pembelian ini strategi selamatkan 1MDB?.
“Ini kerana tanah ini dijual kerajaan pusat kepada 1MDB dengan harga RM60 sekaki, tetapi dijual kepada TH RM2,860 sekaki,” katanya.
Dengan pelbagai isu dan persoalan sekarang, katanya, presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bertindak segera memperjelas dan menyelesaikan beberapa perkara supaya ia tidak terus menjadi persoalan kepada rakyat.
Kalau betul..kenapa tak kerjaan jual terus ke THP..kemudian THP buat untung... Itu yg rakyat dan pendeposit TH nak tahu..benar THP anak sykt TH tapi THP dapat duit dari siapa utk buat perniagaan.. Duit jatuh dari langit????
ReplyDelete