MASSACHUSETTS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang ayah menelefon pihak berkuasa selepas menyedari beliau 'tertinggal' anak perempuan beliau di dalam kereta selepas menaiki tren pada Rabu.
Menurut Dailymail, Joe Murphy sedang menuju ke tempat kerja di Cambridge selepas meletakkan kereta di stesen keretapi di Quincy ketika kejadian.
Difahamkan, dia menyedari kehilangan anaknya selepas 45 minit perjalanan keretapi tersebut.
Murphy juga memberitahu isterinya tentang kejadian terbabit, dan memintanya bergegas ke lokasi kereta jenis SUV milik Murphy.
Pihak polis bagaimanapun berjaya mengeluarkan kanak-kanak tersebut dan Murphy memeluknya dan menangis setibanya di tempat kejadian.
Dia memberitahu, cerita mengenai kematian kanak-kanak akibat terperangkap di dalam kereta menyebabkannya cuba untuk tidak cuai.
"Ironinya seorang yang cuba dengan baik untuk tidakmelakukan kesilapan tersebut, sudah melakukan kesilapan itu," kata Murphy penuh sesal.
Anak perempuan Murphy yang berumur setahun bagaimanapun tidak cedera dalam kejadian tersebut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor