WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) menolak cadangan untuk menutup penjara persekutuan di Teluk Guantanamo di Cuba.
Pindaan kepada bajet ketenteraan tahunan yang akan menyediakan rangka kerja untuk menutup kem Guantanamo gagal pada undi 174-249, kelmarin.
Ia sekali gus menyaksikan pindaan untuk menutup penjara itu tidak diluluskan buat kali kedua.
Presiden Barack Obama sebelum ini berusaha untuk menutup penjara pasca peristiwa 9 September itu, sejak pelantikannya pada Januari 2009.
"Saya tidak faham mengapa kita perlu menutup penjara di Teluk Guantanamo dan kemudian membina kemudahan penjara lain untuk menempatkan penjenayah ini di bumi AS," kata wakil Republikan di Senat, Mike Coffman.
Sebelum ini, anggota Parti Demokrat di Senat enggan meluluskan peruntukan sebanyak AS$80 juta (RM288 juta) bagi membiayai kos menutup kem tersebut.
Parti Demokrat turut membantah keras sebarang rancangan untuk memenjarakan, membicarakan atau membebaskan mana-mana suspek pengganas yang ditahan di kem itu di bumi AS. - Press TV
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor