Tok Awang tak menulis dua-tiga hari ni, maklumlah dah berumur, badanpun bukan selalu sihat lagi macam masa muda-muda dulu. Masa dulu, bukan setakat dua,.. tiga.. empat kita nak. Le ni, satu pun dah tak lalu.
Semalam kawan Tok Awang mengajak ke Muadzam Shah, katanya nak jumpa dan dengar ceramah Dato' Ahmad Maslan pasal GST ni. Yang ramai dalam majlis adalah kalangan wanita. Yang lelaki tak ramai yang Tok Awang nampak, mungkin masih dikedai-kedai kopi dan berbahas pasal GST yang mereka sendiri tak faham dan tak tahu.
Tok Ahmad Maslan terangkan dengan jelas satu persatu sehingga semua yang dengar faham.
Yang Tok Awang faham adalah; GST (Good Servis Tax) adalah cukai menggantikan SST (Sales Servise Tax). SST cukai 16% dan GST cukai 6%.
Siapa yang membayar cukai 6% itu? Cukai itu dibayar oleh pengguna. Mungkin kita akan kata; 'Ini tidak adilll...sebab penjual tidak dikenakan cukai'. Tapi ingat bahawa penjual itu juga pengguna. Sebagai contoh, jika kita membeli sehelai baju dan kita dikenakan 6% cukai, dan peniaga itu sendiri bila membeli baju yang sama maka mereka juga kena membayar cukai 6% itu. Kita kena sedar bahawa peniaga juga merupakan pengguna.
Cuma kekeliruan dan kekecohan yang berlaku sekarang adalah kerana sikap peniaga sendiri. Mungkin kerana masih belum faham GST atau sengaja mengambil kesempatan kaut keuntungan bahkan mungkin juga dengan tujuan sabotaj ekonomi.
Dalam sistem SST dulu, peniaga tidak berdaftar dengan kementerian. Mereka boleh kaut berapa banyak keuntungan tanpa membayar cukai kepada kerajaan. 16% cukai; 10% cukai jualan barangan dan 6% cukai perkhidmatan semua masuk kantong mereka sendiri. Kerajaan tidak dapat apa-apa sedangkan kerajaan menyumbang banyak kepada rakyat... gaji kakitangan awam.. bina sekolah.. hospital... masjid dan lain-lain.
Kenapa harga barang naik selepas perlaksanaan GST? Menteri kata harga barang mesti turun atau tidak berubah. Lagi sekali sebabnya adalah kerana peniaga. Bila laksana GST, sepatutnya harga barang ditolak 16% terlebih dahulu sebelum ditambah 6% GST. Bermakna harga barang sepatutnya kurang 10% dari harga asal. Yang berlaku adalah harga barang yang masih ada 16% cukai SST ditambah lagi dengan 6% cukai GST jadikan cukai yang kita bayar adalah 22% semuanya. Salah siapa? Bukankah salah peniaga?
Barang-barang makanan basah dan kering, sayuran dan buahan termasuk yang diimport, ayam dan ikan serta banyak lagi tidak dikenakan GST atau sifar GST. Ini sepatutnya turun 16% dari harga asal. Memang masih banyak yang kita tidak faham dan tidak tahu mengenai perlaksanaan GST ini. Maka timbullah beberapa persoalan yang sudah tersedia jawapannya;
Kenapa kita tidak tahu? - Kerana kita tidak diberi tahu. Kenapa kita tidak diberi tahu? - Kerana kita tidak mahu tahu. Kenapa kita tidak tahu? - Kerana kita tidak ingin ambil tahu. Kerana kita lebih suka mendengar fitnah dan hasutan... kerana kita juga suka menyebar berita-berita palsu... kerana kita semakin dekat dengan golongan orang-orang fasik.
Memang masih juga terdapat kelemahan pemantauan oleh agensi tertentu, namun kita sendiri sebagai pengguna boleh memainkan peranan aktif dan hak-hak kita sebagai pengguna. Apabila membeli, kita tanyakan terlebih dahulu apalah harganya dan bagaimanakah caj GST dikenakan. Jika kita rasakan peniaga berkenaan melakukan yang tidak wajar, kita belilah dikedai-kedai lain yang tidak menipu kita sebagai pengguna.
Terima kasih Dato' Ahmad Maslan untuk penerangan yang sangat jelas itu. Kami penduduk Muadzam Shah serta Felda-felda berhampiran sudah faham dan akan tetap memberikan sokongan kepada kerajaan dalam melaksanakan GST. Kami juga menyokong Dato' Ismail Sabri Yaakob dalam jihad memerangi kenaikan harga barangan.
Tok Awang Selampit.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor