Pages

Wednesday, April 1, 2015

'SAYA AKAN HERET KE MAHKAMAH'


Hasan Malek


Seremban – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan undang-undang kepada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga sempena pelaksanaan GST.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, peniaga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Sekiranya ada peniaga naikkan harga barangan ketika pelaksanaan GST, pengguna boleh buat aduan terus kepada KPDNKK.

“Jangan ingat ini perkara kecil. Saya akan ambil tindakan undang-undang dan heret mereka ke mahkamah,” katanya.

Menurutnya, operasi pencatutan akan terus dilakukan kementerian terhadap peniaga yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan tinggi dan tidak munasabah sempena pelaksanaan GST.

“Bagi syarikat, denda RM500,000 bagi akan dikenakan bagi kesalahan pertama atau RM1 juta bagi kesalahan seterusnya.

“Bagi individu, denda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan seterusnya RM250,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya,” katanya selepas Majlis Perasmian Penutupan Forum GST Anjuran Cuepacs negeri, di Dewan Theatrette, Wisma Negeri, di sini, semalam.

Hasan berkata, KPDNKK akan melaksanakan operasi pematuhan GST secara besar-besaran bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia bermula hari ini.

“Selain penguatkuasaan KPDNKK dan Kastam, penguatkuasa kerajaan tempatan, ketua kampung dan lain-lain akan bekerjasama memantau harga barang di setiap kawasan mereka.

“Kita yakin kerjasama kuat ini ditambah dengan maklumat daripada pengguna dapat membantu KPDNKK mengambil tindakan terhadap peniaga yang ingkar,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor