Pages

Wednesday, April 1, 2015

KENYATAAN MENTERI MAHU LETAK JAWATAN PALSU


Hasan Malek


Shah Alam - Satu gambar viral yang menunjukkan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek di Facebook dan WhatsApp mula tersebar sejak kelmarin.

Status menteri tersebut yang kononnya beliau sanggup meletakkan jawatan sekiranya harga petrol dan diesel naik pada tengah malam semalam.

Dalam kenyataan tersebut, harga runcit RON95 kekal dengan harga RM1.95 seliter, RON97 naik ke harga RM2.25 seliter dan harga diesel kekal RM1.95.

“Sekiranya laporan palsu ini benar, saya dengan rela hati meletakkan jawatan sebagai Menteri KPDNKK berkuat kuasa serta-merta tanpa prejudis demi kepentingan rakyat,” katanya.

Gambar itu kelihatan disunting semula kerana terdapat dua bulan iaitu Disember dan Mac pada bawah nama Hasan.

Penyebaran berita mengenai kesanggupan Hasan untuk meletakkan jawatan adalah tidak benar sama sekali.

Hasan ketika dihubungi Sinar Harian menafikan menulis kenyataan itu di dalam laman sosial, Facebook miliknya.

“Ini adalah fitnah terhadap saya dan saya nafikan sama sekali kenyataan tersebut,” katanya.

Katanya, beliau sudah membuat laporan mengenai kenyataan itu kepada pihak polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Putrajaya, semalam.

“Saya harap orang ramai tidak menerima bulat-bulat maklumat di dalam Facebook tanpa membuat pemeriksaan dari mana sumber berita itu.

“Ini kerana, sebahagian maklumat di dalam Facebook adalah fitnah dan tidak boleh dipercayai,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor