Sebahagian peniaga kedai makan di Bandar Baharu Kuala Rompin menganggap sewaktu musim Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin bandar tersebut akan sesak dengan orang yang datang dari luar untuk berkempen atau agensi kerajaan yang bertugas namun semua itu meleset.
Seorang peniaga, Mohd Zulkeflee Awi, 48, berkata, sempena PRK Rompin yang secara rasmi bermula selepas majlis penamaan calon, beliau mengambil keputusan menjual nasi campur yang menyediakan pelbagai jenis lauk selera kampung untuk menambah pendapatan.
Bagaimanapun menurutnya, ribuan orang yang dikatakan mengiringi kedua parti yang bertanding itu tidak tahu hilang ke mana kerana tidak ramai yang berkunjung ke kedai untuk makan tengahari dan itu mendatangkan kerugian kepadanya.
“Di kedai saya ini jika hari biasa hanya menjual roti canan, nasi lemak, nasi minyak, mi kari, mi soto dan nasi ayam namun sempena PRK ini cadangnya untuk menambah pendapatan saya menjual nasi campur berlauk selera kampung.
“Apa yang terjadi memang di luar jangkaan kerana tidak ramai yang singgah di kedai walaupun dimaklumkan oleh rakan kononnya ribuan orang mengiringi kedua parti sewaktu majlis penamaan calon. Tidak pasti ke mana mereka yang dikatakan ramai itu telah pergi selepas majlis selesai,” katanya kepada Sinar Harian.
Zulkeflee yang berniaga di Medan Selera Bandar Kuala Rompin itu berkata, ada kemungkinan juga jentera parti yang bertanding itu telah disediakan makanan dan itu menyebabkan mereka tidak perlu ke kedai untuk makan.
Katanya, jika keadaan sedemikian berterusan beliau dan peniaga kedai makan lain boleh mengalami kerugian kerana makanan yang disediakan tidak habis dijual hingga terpaksa dibawa balik sebelum diagih kepada jiran-jiran mengbagi mengelakkan berlakunya pembaziran.
“Makanan utama di kedai saya roti canai juga saya menjangkakan orang akan ramai jadi buat lebih hingga tiga besen tetapi yang habis hanya satu besen. Jika keadaan begini berlarutan saya terpaksa kembali berjual seperti biasa kerana bimbang mengalami kerugian,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi peniaga, Zaidi Mat Isa, 38, berkata, malam sebelum hari penamaan calon restorannya memang sesak namun malam selepas penemaan calon itu hanya ada peningkatan sedikit berbanding hari biasa.
“Tidak dinafikan keadaan memang agak pelik kerana jangkaan orang ramai sepanjang PRK tetapi ada hari tertentu ramai manakala ada hari sebaliknya pula. Tidak pasti sebab apa mungkin agaknya permulaan kempen orang tidak ramai sangat lagi” katanya.
Aku serba salah. Nak bersimpati dengan peniaga begini ataupun rasa nak gelak.
ReplyDeleteAku rasa nak gelak je lah wakakakaka.
Orang tua tua dah cakap, orang tamak selalu rugi.