Pages

Tuesday, April 28, 2015

#PRK PERMATANG PAUH : PKR RAIH UNDI MURAHAN





Calon BN, Suhaimi Sabudin, 44, sifatkan gambaran Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengenai calon muda BN penakut hanya mahu meraih undi murahan.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Azmin mengenai tindakan BN meletakkan calon muda di Permatang Pauh sehari sebelum pengumunan calon PKR di Mengkuang Layar Jumaat lalu.

Mohamed Azmin pada satu majlis di Mengkuag Semarak Jumaat lalu, berkata, tiada makna meletakkan calon muda sekiranya dia seorang yang penakut dan tidak berani menentang kezaliman.

Suhaimi berkata, berani di mata PKR hanya menentang kerajaan dan mencabar undang-undang, dan itu yang mereka berani lakukan.

"Bagi BN, berani membawa maksud yang pelbagai dan bagi saya, berani berjuang membantu rakyat adalah satu perjuangan yang berani bukan hanya tahu membangkang dan mencabar undang-undang.

"Mereka pula hanya berani mencabar serta mempersoalkan undang-undang yang perlu didukung setiap rakyat Malaysia," katanya.




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor