Pages

Thursday, April 9, 2015

RAUB: WARGA EMAS DIMINTA DAFTAR DENGAN JKKK



Shahiruddin Ab Moin

Warga emas keturunan Cina yang berusia 70 tahun ke atas di sini diminta supaya mendaftar dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk menerima sumbangan kerajaan negeri.

Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Raub, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin berkata, kerajaan negeri juga berharap bilik gerakan MCA turut mencari dan mendaftar mereka yang layak.

"Kita dapati masih ada aduan mengenai warga emas yang layak menerima bantuan tetapi tidak menerimanya kerana nama mereka tidak ada dalam senarai penerima.

"Ada juga yang mendakwa nama mereka telah disenaraikan, namun senarai nama itu tidak sampai kepada kerajaan negeri. Oleh itu kita minta mereka untuk berdaftar dengan pihak yang sepatutnya," katanya di sini hari ini.

Shahiruddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri juga memaklumkan seramai 1,560 warga emas berketurunan Cina daripada kawasan Dun Dong dan Teras telah menerima sumbangan RM100 sempena sambutan Tahun Baru Cina yang lalu. “Sumbangan itu merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam meraikan sambutan perayaan setiap kaum,” tambah beliau.
 

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor