Dakwaan sekumpulan 5 pemimpin Pemuda UMNO Malaysia berkomplot untuk menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menghasut pemimpin Pemuda Bahagian terutama dari negeri Johor, wajar mendapat perhatian dan tindakan susulan dari Lembaga Displin UMNO.
Apatah lagi baru-baru ini Lembaga Disiplin UMNO baru sahaja mengambil tindakan disiplin dengan menggantung keahlian seorang Ahli Parlimen dari Sabah selama 6 tahun kerana dakwaan cuba mensabotaj Ketua Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Itu baru nak sabotaj Pengerusi Perhubungan UMNO, ini dakwaan komplot nak guling Presiden UMNO!!
Sekalipun beberapa orang dari kalangan 5 orang tersebut sudah membuat penafian sejak semalam (ada yang enggan beri komen), tapi itu tidak memberi makna apa-apa kerana penafian macam itu biasalah, mana ada orang nak mengaku berak tepi jalan!!
Yang penting, kalau tidak ada angin/mesin/kena langgar kenderaan/dan lain-lain, masakan pokok bergoncang!!
Adalah lebih baik dan afdal kalau Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin sendiri membuat laporan kepada Lembaga Disiplin bagi membersihkan pergerakan yang dipimpinnya dari sebarang dakwaan salah laku serius seperti ini.
Dalam masa yang sama, dapat juga mengelakkan dirinya dari terkait dengan sebarang dakwaan mengetuai/membiayai gerakan untuk menumbangkan Najib.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor