Pages

Saturday, April 11, 2015

GADIS MAUT DITIKAM BEKAS TUNANG


tikam


Kluang - Seorang gadis meninggal dunia selepas ditikam di rusuk kiri menggunakan pisau oleh bekas tunangnya, di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang ketika mangsa sedang bekerja di pasar raya terbabit.

"Dipercayai berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek yang kedua-duanya berumur lingkungan 20an sebelum kepala mangsa terhentak di sebuah motosikal kerana ditolak oleh mangsa.

"Kemudian ditikam di rusuk kiri dari arah belakang menggunakan pisau pemotong sayur," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Roze berkata, kejadian dipercayai bermotifkan cemburu apabila suspek tidak dapat menerima hakikat bahawa gadis berkenaan yang berasal dari Felda Ulu Dengar, di sini, sudah bertunang dengan lelaki lain.

Beliau berkata, suspek cuba memujuk kembali mangsa yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, namun, tidak berjaya sebelum bertindak agresif sehingga menikam mangsa.

Katanya, polis menemui pisau berkenaan di tempat kejadian dan gadis itu meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, di sini.

"Polis sudah mengenal pasti suspek dan operasi memburunya sedang giat dilakukan," katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor