Pages

Tuesday, March 10, 2015

TUAH CERMIN MATA HILANG


Tuah cermin mata hilang


Bukit Katil - Seorang suri rumah tidak menyangka tindakannya membeli sebuah cermin mata dari sebuah syarikat di Ayer Molek membawa tuah buat dirinya apabila menang pakej mengerjakan ibadah umrah menerusi cabutan bertuah.

Fauziah Jaafar, 54, dari Taman Desa Molek berkata, kira-kira enam bulan lalu dia kehilangan cermin mata dan bagi menggantikan yang hilang, dia membeli sebuah cermin mata baharu berharga lebih RM1,000.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak menyangka syarikat terbabit, Farhana Optometrist rupanya sedang mengadakan peraduan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk pakej mengerjakan umrah percuma.

“Baru-baru ini, saya dijemput menghadiri majlis cabutan bertuah di Dewan Tun Ali. Saya tak sangka, dalam ribuan pelanggan yang hadir, nama saya diumumkan sebagai pelanggan bertuah.

“Saya betul-betul tidak sangka, sebab saya memang tidak kisah hal-hal seumpama ini, apatah lagi sengaja meluangkan masa untuk majlis sebegini,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang di sini, semalam.

Turut memenangi pakej sama, seorang kakitangan awam, Md Sapri Md Elah, 46, juga dari Ayer Molek.

Menurut Sapri, dia memang sudah lama bercadang untuk pergi menunaikan ibadah umrah tetapi atas kekangan kewangan, niat tersebut terpaksa ditangguhnya dahulu.

“Saya bersyukur sangat-sangat kerana terpilih sebagai pemenang untuk pergi umrah percuma tajaan Farhana Optometrist. Memang tidak disangka-sangka niat saya dimakbulkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor