Pages

Wednesday, March 4, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : USAHA KERAJAAN DALAMKAN SUNGAI PATUT DISOKONG



Tok Awang dengar dalam satu ucapannya Tok Nan (MB) suarakan rasa kecewa bila kerajaan negeri berikan hak kepada sebuah syarikat 'menyedut' pasir di Sungai Pahang tetapi dibantah oleh pengusaha ikan sangkar kononnya itu akan akibatkan ikan sangkar mereka mati. 

Sekarang banyak pengusaha ikan sangkar sepanjang Sungai Pahang mengeluh kerana banyak ikan mereka yang mati kerana paras air sungai yang kebanyakannya makin 'tohor'. Apakah pengusaha ikan sangkar sudah sedar bahawa usaha mendalamkan sungai itu sangat perlu?

Secara semulajadinya memang ikan dan hidupan air perlukan lubuk yang dalam untuk mendapatkan suhu yang sesuai kerana air yang 'tohor' akan akibatkan suhu air sungai jadi panas. Kerana itu secara semulajadinya sungai ada lubuk dan jeram-jeram untuk kawalan suhu air dan bekalan udara yang mencukupi kepada hidupan air. Bila ekosistem musnah maka ianya akan memberi kesan kepada kehidupan.

Tentu nanti ada pihak yang akan salahkan kerajaan dan pembalakan semata-mata sebagai punca perubahan cuaca dan sistem saliran sungai. Mungkin mereka lupa bahawa segalanya akan berubah-ubah dari masa ke semasa. Ini adalah perubahan alam secara semula jadi. Sungai pun seperti manusia, berubah dari tahap muda kepada dewasa dan tua......

Tok Awang masih ingat semua itu masa Tok Awang sekolah dan belajar Ilmu Kejadian ... masa ni orang panggil Ilmu Alam atau Geografi.

Yang penting, To Awang nak katakan bahawa usaha Kerajaan Negeri untuk mendalamkan Sungai Pahang patut disokong. Ianya Tok Awang rasa akan mampu membantu mengurangkan kesan berlakunya banjir bila hujan bila tiba musim tengkujuh.

Tok Awang harap kita sedar bahawa usaha yang Kerajaan lakukan adalah untuk kebaikan dan kepentingan rakyat. Janganlah kita asyik membantah semua yang Kerajaan buat. Kalau asyik bangkang saja, bila masanya kita akan maju dan berjaya?


Tok Awang Selampit.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor