Pages

Tuesday, March 24, 2015

'SIAPA NAK KELUAR, DIALAH KELUAR!'


Nik Abduh Nik Abdul Aziz


Kuala Lumpur – ‘Siapa nak keluar Pakatan, dialah (yang patut) keluar!’ demikian reaksi Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana hudud.

Nik Abduh berkata, pihaknya tidak akan sesekali keluar dari PR kerana parti tersebut sentiasa berpegang kepada perikatan tersebut.

"Sebelum ini, Pas sudah berkali-kali tegaskan bahawa parti ini tidak akan tinggalkan PR kerana kami cintakan negara dan perikatan ini.

"Kami tak akan keluar. Seperti yang kita nyatakan sebelum ini, Pas tidak akan tinggalkan pakatan," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.


Guan Eng hari ini mengeluarkan kenyataan menggesa Abdul Hadi supaya keluar dari PR sekiranya bertegas mahu membentangkan Rang Undang-undang Persendirian berkaitan hudud di Dewan Rakyat.

Guan Eng mendakwa Abdul Hadi mungkir janji terhadap PR dan beliau turut mengumumkan akan memutuskan hubungan dengan Presiden Pas itu.

Nik Abduh berkata, DAP seharusnya tidak menjadikan hudud alasan untuk PR berpecah kerana hudud tidak zalim.

"Saya sudah sebut kepada pimpinan DAP, jangan jadikan hudud sebagai alasan untuk PR berpecah.

"DAP sekarang sedang menipu rakyat negara ini untuk menolak Pas dengan cara yang tidak betul; iaitu dengan menggunakan hudud. Hudud ini seperti yang kita tahu, bersifat tidak zalim. Kalau hudud ini zalim bolehlah kita berpecah," katanya.

1 comment:

  1. eh! DAP nak suruh PAS keluar! PAS pula suruh DAP keluar,Apa ni? Dah tahu hidung tu tak mancung kau keluar jer lah dari parti haramjadah tu. Macam takde maruah, meluat aku

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor