Kuala Lumpur - Orang ramai dinasihat lebih berwaspada dengan perubahan cuaca kerana negara kini mengalami tempoh peralihan monsun yang dijangka berterusan sehingga awal Mei.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini lazimnya dalam tempoh itu, fenomena ribut petir dan hujan lebat lebih kerap berlaku
"Fenomena itu berlaku terutamanya pada waktu petang dan senja di negeri-negeri Pantai Barat dan kawasan pedalaman Kelantan, Terengganu dan Pahang," menurut kenyataan itu.
Katanya, kejadian angin kencang dan banjir kilat juga boleh berlaku sepanjang tempoh itu.
Sehubungan itu, orang ramai diminta lebih berwaspada dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini berkaitan cuaca semasa melalui talian hotline 1-300-22-1MET (1638), laman sesawang www.met.gov.my dan laman sosial MetMalaysia.
Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran kategori pertama mengenai angin kencang dan laut bergelora yang dijangka berlaku di perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan, bermula Khamis sehingga Ahad ini.
Angin dijangka mencapai kelajuan sehingga 50km sejam dengan ombak setinggi 3.5 meter dan keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan air.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor