YAB Perdana Menteri,
kadang-kadang kami ternanti-nanti
bila pula YB kami akan mati
biar ada PRK lagi
kami akan dapat YB yang baru
serta peruntukan dan projek
beratus-ratus juta ringgit
YAB Perdana Menteri,
tiap kali ada PRK
2 lembu akan berlaga
kami tak peduli yang mana menang
yang mana tumbang
kerana 2 pihak akan bertelanjang
sama-sama saling menikam belakang
YAB Perdana Menteri,
sebenarnya siapa calon kami tak peduli
yang kami kehendaki
duit dari langit jatuh ke bumi
dapatlah kami turut menikmati
segalanya sebagai rezeki
apa yang disebut limpahan ekonomi
YAB Perdana Menteri,
harap-harap tak lama lagi
YB kami pula akan mati
harap janganlah lambat sangat
bimbang juga kami tak sempat
kalau usia kami yang singkat
kerana kami pun hendak merasa
bagaimana marhaen dilayan bagai raja
Azam Abd Rahman
6 May 2010
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor