PORTAL PAHANGKU

(Sejak 3.11.2010, 4.30PM) Hantar maklumat dan artikel ke: editor.pahangku@gmail.com Tel/Fax: 09-5054180

Pages

▼

Sunday, March 22, 2015

PEMBANGKANG DIGESA HENTI KERJASAMA DENGAN PAS



PULAU PINANG 19 Mac - Pembangkang diminta memutuskan semua kerjasama melibatkan Pas memandangkan parti itu disifatkan sebagai pengkhianat apabila membawa usul berkenaan hudud ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.


Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi berkata, kerjasama itu boleh dihentikan di negeri ini terlebih dahulu sebelum dipanjangkan ke negeri-negeri lain termasuk di peringkat Pusat.

Menurutnya, Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu segera menggantung semua kerjasama bersama Pas di peringkat kerajaan tempatan termasuk Jawatankuasa Kerjasama dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Pas sudah tidak boleh dipercayai dan apa yang dilakukan mereka adalah tunggu dan mengkhianati, jadi pakatan pembangkang perlu ambil tindakan terhadap Pas di semua peringkat di negeri ini dengan kadar segera.

“Kerajaan negeri harus membakar semua jambatan yang menghubungkan Pas dengan mereka dan kita tidak boleh percaya dengan Pas lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Sumber


editor at 3:00 PM

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor

‹
›
Home
View web version
Powered by Blogger.