Pages

Wednesday, March 18, 2015

'PAKCIK TEKSI BUKAN BODOH, PEKAK ATAU TAK BERGUNA'


'Pakcik teksi bukan bodoh, pekak atau tak berguna'


Singapura - "Pakcik (pemandu) teksi bukan bodoh, pekak atau tak berguna. Pemandu teksi ada keluarga. Mereka adalah ayah yang bekerja 14 jam sehari, tujuh hari seminggu termasuk pada hari cuti am, supaya orang macam saya dan adik saya dapat pelajaran."

Ayat tersebut tertulis dalam sebuah video viral yang dimuatnaik pada 14 Mac lepas.

Menurut Straits Times, video yang dirakam oleh seorang anak perempuan pemandu teksi telah mendedahkan kelakuan seorang penumpang yang biadab.

Penumpang tersebut yang menaiki teksi dari Chai Chee ke stesen MRT Telok Ayer telah meninggikan suara dan memarahi pemandu teksi tersebut sejak awal perjalanan.

Penumpang berkenaan menuduh pemandu teksi tersebut gagal mengambilnya walaupun beliau melambai-lambai dari tepi jalan utama.

Selain memanggil pemandu teksi tersebut sebagai 'kelawar buta', penumpang tersebut juga menuduh teksi berkenaan bergerak dengan perlahan kerana cuba untuk menipu.

Video berkenaan menarik perhatian lebih setengah juta pelayar yang kebanyakannya bersimpati dan mengecam sikap penumpang berkenaan.

Anak perempuan pemandu teksi berkenaan yang berumur 27 tahun dan bekerja dalam industri media memberitahu supaya pelayar tidak mendedahkan identiti penumpang berkenaan.

"Apa yang penumpang tersebut lakukan adalah salah, tapi semua orang membuat kesilapan dan kita ada pilihan untuk menjadi lebih baik dan memberi kemaafan," katanya yang enggan dikenali.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor