Shah Alam – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ditahan bawah Akta Hasutan, di IPD Dang Wangi, hari ini.
Nurul Izzah ditahan bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana ucapan Ketua Pembangkang yang beliau bacakan di Dewan Rakyat, minggu lalu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Izzah bukan wakili ketua pembangkang]
Perkara tersebut disahkan oleh Unit Komunikasi PKR hari ini.
Nurul Izzah pada asalnya hadir ke balai berkenaan untuk siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan.
Sebelum ini, beberapa pemimpin PR telah ditahan polis susulan Himpunan #KitaLawan yang berlangsung 7 Mac lalu di Sogo.
Antara yang ditahan adalah, pemimpin DAP, Teo Kok Seong serta aktivis muda, Adam Adli Abdul Halim dan Mandeep Singh direman pihak polis hari ini kerana penglibatan mereka dalam perhimpunan #KitaLawan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor