Pages

Thursday, March 19, 2015

‘MUNGKIN ADA NIAT DI SEBALIK PENYEBARAN GAMBAR’


Dua anggota polis ditukar serta-merta


Kuching - Polis tidak menolak kemungkinan gambar dua anggotanya yang tidur di Balai Polis Komuniti Mak Mandin, Butterworth, Pulau Pinang diambil pihak dalaman sebelum disebarkan dalam media sosial oleh orang awam.

Pada 10 Mac lalu gambar anggota polis lelaki dan wanita yang bertugas, tidur di kerusi di pejabat pertanyaan balai polis berkenaan tersebar di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp dan mendapat kritikan pelbagai pihak.

Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan dan sebarang tindakan disiplin kepada dua anggota berkenaan akan diputuskan kemudian. 

"Saya belum dapat maklumat terperinci tetapi dimaklumkan ada di kalangan pihak dalaman (mengambil gambar) dan telah dedahkan kepada pihak yang tidak berkaitan dengan PDRM. 

"Mungkin ada niat di sebalik penyebaran gambar tersebut, itu kita belum pasti dan masih dalam siasatan," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa banjir di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor