Pages

Saturday, March 21, 2015

MELAKA MUNGKIN IKUT JEJAK KELANTAN


hudud


Merlimau - Melaka tidak mustahil mengikuti Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan undang-undang hudud sekiranya penduduk Islam di negeri itu melebih 92 peratus.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, bagaimanapun Melaka hanya mempunyai kira-kira 59 peratus penduduk Islam dan selebihnya bukan Islam sekali gus perlu melihat kepada majoriti agama agar sistem perundangan negeri itu bersistematik.

Bagaimanapun, beliau menyambut baik dan mengalu- alukan hudud di Kelantan dan yakin rata-rata rakyat negeri itu ingin melihat undangundang berkenaan dapat dilaksanakan.

Katanya, dengan perlaksanaan hudud akan menambah baik lagi sistem undang- undang syariah negara.

“Syabas Kerajaan Negeri Kelantan biarpun ia dibentangkan selepas pemergian Tok Guru Nik Aziz yang begitu inginkan hudud dilaksanakan di negeri itu.

“Ini manifestasi kerajaan Kelantan dan udang-undang ALLAH iaitu undang-undang Pencipta dan manusia yang melaksanakannya, hanya untuk orang Islam sahaja,” katanya.

Idris berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Kompleks Merlimau Sentral sempena lawatan kerja ke Dun Merlimau di Tapak Kompleks Merlimau Sentral, semalam.

Tambahnya, di Melaka tunggu dan lihat untuk hudud dilaksanakan.

“Kita lebih melihat yang baik untuk orang Islam. Di Melaka tunggu dan lihat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor