Kuching - DAP Sarawak akan memutuskan sama ada keluar daripada Pakatan Rakyat susulan keputusan Pas membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 atau undang-undang Hudud pada Rabu lepas.
Sambil menyifatkan tindakan Pas itu sebagai tindakan 'tikam belakang', Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata beliau tiada pilihan kecuali mempertimbang langkah untuk keluar daripada Pakatan Rakyat.
"Namun, memandangkan ini adalah keputusan paling penting yang perlu saya lakukan sejak mengambil alih pucuk pimpinan jawatankuasa negeri pada Jun 2013, saya akan mengadakan mesyuarat untuk memutuskan perkara itu serta mendapatkan perakuan daripada jawatankuasa penuh tidak lama lagi," katanya dalam kenyataan di sini.
Semalam, Dun Kelantan meluluskan rang undang-undang itu, yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu, selepas dipersetujui sebulat suara oleh kesemua 44 anggota Dun.
Semua 44 Adun iaitu 31 daripada Pas, 12 Barisan Nasional (BN) dan seorang PKR hadir ketika enakmen itu diluluskan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor