Pages

Sunday, March 8, 2015

#KITALAWAN: KETUA AMK KELANA JAYA DITAHAN


Kuala Lumpur - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelana Jaya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli, 29, ditahan pihak polis di Masjid Jamek di sini berhubung perhimpunan #kitalawan di pekarangan Menara Berkembar Petronas (KLCC), petang semalam.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fazli mengesahkan perkara tersebut melalui aplikasi Whatsapp kepada Sinar Online malam tadi.

Beliau memaklumkan, pemimpin AMK itu kini ditahan dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad turut mengesahkan penangkapan itu.

"Dia ditahan dan dibawa ke balai polis Jinjang untuk membantu siasatan.

"Saifullah akan disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpuman yang tidak sah di sisi undang-undang serta Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor