Pages

Sunday, March 8, 2015

AMUKAN RED GIANTS


Keputusan Liga Super malam ini


Shah Alam - Selepas kecewa dalam tiga perlawanan pertama, Selangor akhirnya mencatat kemena­ngan sulung Liga Super, malah kejayaan dilakar dengan penuh bergaya apabila membenam pasukan yang dianggap ‘Giant Killer’ Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-1 di Stadium Shah Alam, semalam.

Selepas kalah kepada Terengganu dalam aksi pembukaan, diikuti seri dengan Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT), anak-anak buah Mehmet Durakovic akhirnya mengutip tiga mata untuk mendaki satu anak tangga ke kedudukan kelapan.

Jaringan Selangor di­sempurnakan oleh Ahmad Hazwan Bakri, Mohd. Afiq Azmi Abdul, Hadi Yahaya dan Guilherme De Paula, manakala gol tunggal The Cops dijaringkan Dramame Traore

Selangor yang turun dengan status pasukan pelawat bermula garang, malah hampir mendahului seawal minit kedua, namun gerakan solo De Paula terbantut selepas dijatuhkan dalam kotak penalti oleh penjaga gol lawan, Badrulzaman.

Bagaimanapun Red Giants tidak diberi sepakan penalti meskipun pemain mereka cuba mendesak pe­ngadil perlawanan, Muhammad Nazmi Nasarudin.

Tindakan Durakovic menukar taktik permainan apabila mengeluarkan tonggak pertahanan yang juga kapten, Mohd. Shahrom Abd Kalam pada minit ke-12 dan membawa masuk Mohd. Rizal Fahmi Ab Rosid jelas berkesan.

Hasil asakan bertubi-tubi Se­langor akhirnya membuahkan hasil apabila Ahmad Hazwan meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-23 hasil kesilapan benteng lawan, V. Thirumurugan.

Seminit selepas babak kedua bermula Selangor mengukuhkan cengkaman apabila Afiq Azmi meledak gol kedua setelah menerima lorongan Andik Vermansah.

PDRM berjaya merapatkan kedudukan menerusi penyerang import, Traore pada minit ke-54 selepas berlaku situasi kelam-kabut di depan gawang lawan.

Abdul Hadi yang dibawa masuk menggantikan Afiq pada minit ke-73 berjaya mengambil kesempatan atas kesilapan pertahanan dan penjaga gol lawan dengan menambah gol ketiga Selangor.

Penyerang kelahiran Brazil, De Paula menambah derita PDRM apabila berjaya meledak gol terakhir Selangor ketika perlawanan berbaki 10 minit selepas melakukan gerakan solo menewaskan dua pertahanan lawan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor