Pages

Wednesday, March 18, 2015

KERANA CURI TELUR DAN WANG, BUDAK DISEKSA


SEORANG kanak-kanak berusia sembilan tahun telah dikurung di dalam sangkar dan direjam ke dalam kolam sebagai hukuman kerana mencuri.

Dalam kejadian di sebuah kampung di China itu, Jin Hung pada mulanya ditangkap oleh jiran kerana mencuri sejumlah wang dan telur ayam.


 Bagaimanapun bagi memberi pengajaran kepada budak tersebut, dua lelaki yang juga jiran mangsa iaitu Yuan Kang, 35, dan Cheng Yeh, 40, telah mengurung Hung di dalam sangkar.

Tidak cukup dengan itu, mereka bertindak memcampak budak berkenaan ke dalam kolam dalam keadaan tangan terikat ke belakang.


Media tempatan melaporkan, ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang panik kemudian menghubungi pihak polis untuk menyelamatkan anak mereka daripada mati lemas.

Tindakan kejam dua lelaki terbabit turut dikecam oleh netizen selepas ia dimuat naik ke laman sosial Weibo

1 comment:

  1. Cina di negeri Cina pun tak suka perangai Cina.

    Seorang Pencuri seorang Penghukum.

    Hukum hudud mesti ada perbicaraan. Silap2 pencuri boleh lepas yang kena curi dan masyarakat yang kena hukum. Kemungkinan masyarakat yang menyebabkan seseorang itu tiada jalan lain untuk meneruskan kehidupan kerana dibiarkan seorang insan itu dalam kedaifan.

    Namun di Cina tiada langsung keadilan maka hududnya tangan diikat dan terus direjam dalam air.

    Hebat hudud mereka.

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor