Pages

Monday, March 16, 2015

HISHAMUDDIN SYUKUR JURUTERBANG NAHAS DI 'LIMA' SELAMAT




Langkawi - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melahirkan rasa syukurnya kerana keempat-empat juruterbang Jupiter Aerobatic Team daripada Indonesia yang terbabit dalam insiden pesawat terhempas itu selamat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum mengiringi rakan sejawatannya dari Indonesia, Ryamizard Ryacudu melawat semua mangsa di Hospital Daerah Langkawi di sini.

Semua mangsa berada dalam keadaan stabil dengan hanya mengalami kecederaan ringan di beberapa bahagian badan dan diawasi dengan rapi oleh doktor dan pegawai perubatan hospital daerah itu.

Menurut kakitangan hospital berkenaan, semua juruterbang Indonesia itu turut menjalani prosedur imbasan bagi memeriksa sebarang kecederaan dalaman yang dialami mereka.

Sementara itu, semasa melawat Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LIEC) di Kuah, lokasi Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN, Hishammuddin berkata beliau berpuas hati dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) keempat-empat juruterbang itu.

Dalam kejadian 2.04 petang itu, dua pesawat aerobatik Jupiter milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) itu terhempas selepas dipercayai bergesel di udara ketika melakukan latihan sempena LIMA 2015.




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor