Tak tau apa Tok Awang nak kata bila menonton perlawanan bolasepak Piala Sumbangseh diantara Pahang dengan Johor Darul Takzim. Kesal,kecewa dan marah pun ada. Bukan kerana Pahang kalah, tetapi kerana penyokong-penyokong JDT.
Apakah tahap kebodohan atau taksub penyokong JDT sudah sampai ke tahap maksima? Dulu ketika Melaysia menentang Vietnam, budaya samseng penyokong JDT telah mencemarkan sukan bolasepak negara apabila mereka memulakan pergaduhan dan memukul penyokong-penyokong Vietnam.
Kali ini apabila menentang Pahang, mereka tanpa segan silu menghina Presiden FAM dengan tifo anjing memakai kot dengan lambang FAM. Perbuatan itu turut diselar oleh Tengku Puan Pahang di laman media sosialnya.
Berita semalam, pihak berkuasa telah menahan 12 orang penyokong untuk membantu siasatan. Mungkin FAM boleh mengambil tindakan terhadap pasukan JDT kerana kegagalan mengajar perbuatan penyokong-penyokongnya yang kurang ajar itu. Mungkinkah ada orang-orang yang terlibat disebalik perbuatan penyokong JDT? FAM mesti siasat.
Tok Awang cuma nak kata, jika penyokong JDT berfikir dengan menghina Pasukan Pahang dan FAM sebagai anjing, mereka juga sememangnya wajar diumpamakan 'babi' yang cuma memusnahkan.
Tok Awang Selampit.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor