Amman - Kerajaan Jordan dilaporkan memberi amaran kepada Kumpulan Militan Negara Islam (IS) untuk menjatuhkan hukuman gantung ke atas kesemua tahanan penjara anggota IS sekiranya kumpulan tersebut membunuh tebusan Jordan, Muath al-Kasaesbeh.
Memetik laporan daripada portal berita Metro.co.uk, kerajaan Jordan dilaporkan mengeluarkan amaran tersebut setelah tempoh pertukaran tebusan antara banduan IS dan tahanan Jordan berakhir pada Khamis.
Sebelum itu, kumpulan IS cuba berunding dengan melepaskan wartawan Jepun, Kenji Goto dan Juruterbang Jordan, al-Kasaesbeh kembali ke negara masing-masing sekiranya kerajaan Jordan bersetuju membebas dan menyerahkan pengebom berani mati IS, Sajida al-Rishawi kepada kumpulan tersebut.
“Kerajaan Jordan dipercayai menghantar mesej tersebut kepada kumpulan IS.
“Kerajaan Jordan memberi amaran sekiranya juruterbang Jordan dibunuh, mereka akan melaksanakan hukuman gantung terhadap Sajida dan banduan IS yang lain secepat mungkin,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan berita tersebut.
Sementara itu menurut sumber dari unit perisikan, perjanjian pertukaran kedua tahanan dilihat sebagai suatu urusan mustahil berikutan keengganan kumpulan pengganas terbabit untuk membuktikan juruterbang F-16 itu masih hidup.
Muath al-Kasaesbeh, 26, ditahan kumpulan pengganas selepas jet yang dipandunya terhempas di Raqqa di utara Syria.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor