
Shah Alam - Pas bukan lagi sebahagian daripada ahli komponen PR sekiranya bertegas membentangkan rang undang-undang pindaan hudud di persidangan Dun Kelantan pada 18 Mac ini.
Demikian kata Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo, yang mendakwa rang undang-undang itu tidak mendapat sokongan PR, yang diwakili oleh PKR, Pas dan DAP.
Malah, katanya, hudud juga bukan sebahagian daripada dasar bersama pakatan tersebut.
“Pembentangan rang undang-undang ini bertentangan dengan perjanjian dicapai pada kali terakhir mesyuarat kepimpinan PR, di mana dinyatakan dengan jelas perlu ada perbincangan lanjut di antara ketiga-tiga parti sebelum langkah seterusnya diambil mengenai perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kerajaan Kelantan sebelum ini mengumumkan akan tetap membentangkan rang undang-undang hudud pada 18 Mac.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor