
Saya tidak berhasrat untuk mengulas ugutan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mengenai kedudukan Pas dalam PR sekiranya pembentangan rang undang-undang pindaan enakmen hudud Kelantan diteruskan.
Sebagaimana yang diketahui hudud adalah sebahagian daripada agenda perjuangan Islam Pas yang tidak boleh dipisahkan sama sekali.
Namun bagi saya dari sudut pandangan bukan Islam terhadap enakmen jenayah syariah ini; DAP bersuara seolah-olah semua bukan Islam tidak bersetuju dengan enakmen ini sedangkan hakikatnya tidak begitu.
Saya percaya masyarakat bukan Islam yang hidup di Kelantan dan luar Kelantan pun bersetuju ianya dilaksanakan kerana undang-undang ini hanya untuk penganut Islam sahaja malah mereka dapat melihat kebaikan pada undang-undang ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor