Pages

Wednesday, February 4, 2015

NAJIB: HENTIKAN POLEMIK BOIKOT PENIAGA


Najib Tun Razak - Foto Bernama


Shah Alam – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan sebarang pertelingkahan ke arah polarisasi kaum di negara ini tidak patut dipanjangkan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada semua pihak.

Kenyataan itu dibuat sebagai respons berhubung isu boikot peniaga Cina yang menjadi viral di laman sosial oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini. 

Najib melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini dipetik berkata, Kabinet mahu para peniaga bertanggungjawab dan bertimbang rasa dalam menentukan harga barang dan perkhidmatan sejajar dengan penurunan harga minyak dan diesel agar pengguna merasa kesan penurunan harga tersebut.

“Pengguna perlu bijak menggunakan kuasa mereka untuk mendorong peniaga agar meletakkan harga berpatutan,” katanya. 

Isnin lalu, Ismail Sabri menegaskan, tujuan beliau membuat kenyataan itu untuk meminta rakyat menggunakan kuasa dan hak mereka sebagai pengguna menekan peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan. 


Sementara itu, Najib menambah, Kabinet telah dimaklumkan bahawa kenyataan di media sosial yang dibuat Ismail Sabri sebenarnya untuk menegur peniaga yang enggan menurunkan harga barang walaupun harga minyak dan diesel. 

“Teguran yang dibuat oleh beliau (Ismail Sabri) ditujukan kepada semua peniaga dan bukan kepada peniaga daripada kaum tertentu. 

“Selain itu, beliau juga mencadangkan pengguna menggunakan kuasa membeli mereka untuk memaksa peniaga menurunkan harga barang,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor