Pages

Wednesday, February 4, 2015

ISMAIL SABRI BUKAN RASIS


Dr Suleiman Mohamad


Shah Alam - Majlis Pemikir Muda (Pemikir) mempertahankan sekeras-kerasnya kenyataan Menteri Pertanian Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri yang menyelar golongan pemborong dan peniaga tamak dengan tidak menurunkan pelbagai harga keperluan dan barangan walaupun kadar harga petrol sudah turun.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Suleiman Mohamed mendakwa, selama ini kuasa pemborong dan peniaga berada dalam tangan bangsa Cina dan apa yang dibuat oleh Ismail Sabri sangat tepat memandangkan beliau tujukan perkara itu terus kepada pihak bertanggungjawab.

Katanya, isu pedagang dan pembekal barang keperluan yang memang kebanyakannya dimonopoli kaum Cina mesti diselesaikan dengan tegas dan cepat kerana rakyat tidak mendapat manfaat daripada penurunan harga barangan serta keperluan.

“Dalam hal ini tidak ada unsur perkauman. Ini adalah isu pedagang dan pembekal. Dan memang kebanyakannya adalah bangsa Cina. Adakah usaha mendesak pembekal Cina menurunkan harga barangan mereka itu dianggap perkauman?

“Ini usaha yang memang perlu dibuat oleh seorang pemimpin yang meletakkan kepentingan rakyat dan pengguna melebihi kepentingan peribadi. Ismail Sabri pastinya tahu risiko yang bakal diambil tetapi beliau lakukan itu demi kepentingan semua rakyat.

“Jika pemborong atau peniaga ini akur untuk menurunkan harga barangan mereka, pastinya semua pengguna termasuk yang berbangsa Cina , India dan lain-lain kaum akan menikmati kebaikannya, “ katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Ismail Sabri dilaporkan membuat kenyataan berkaitan boikot peniaga Cina yang menjadi viral di laman sosial.

Beliau berkata, kenyataan yang dibuat sebenarnya bertujuan meminta rakyat menggunakan kuasa dan hak mereka sebagai pengguna bagi menekan peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan.


Sementara itu, Dr Suleiman menambah, Pemikir Muda tetap berdiri teguh di belakang Ismail Sabri dalam hal ini.

“Tindakannya bukan membuta tuli. Dia berani menyatakan kebenaran.

“Ini kerana usaha dan teguran keras yang beliau lakukan adalah untuk manfaat semua rakyat, tidak mengira bangsa, agama dan kedudukan,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor