Dato' Shahaniza berucap merasmikan majlis.
Pagi semalam (9 Feb 2015) Dato' Shahaniza Shamsuddin, Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga , Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang telah hadir menyampaikan sumbangan Bantuan Pasca Banjir Negeri Pahang bersama Komuniti Kg. Pulau Tawar, Jerantut di Sekolah menengah Agama Pulau Tawar.
Dalam ucapannya beliau memberikan harapan tinggi kepada para pelajar dengan menyatakan bahawa masyarakat tidak memandang rendah terhadap pelajar sekolah agama. Ramai yang telah mencapai kejayaan dari sekolah agama termasuk beliau sendiri serta Adun Pulau Tawar yang merupakan seorang doktor dari pendidikan agama di Al Azhar.
'Pelajar sekolah agama mampu menjadi yang terbaik dalam masyarakat kerana pendidikan dan modal insan yang diterapkan kepada mereka' - kata beliau.
Dato' Shahaniza juga menasihatkan pelajar agar menggunakan segala kemudahan yang ada tertutama kemudahan internet yang kerajaan sediakan kearah kebaikan. Cabaran besar dalam dunia tanpa sempadan di era internet ini boleh menjerumuskan masyarakat dan pelajar ke arah yang tidak baik jika disalahgunakan.
Internet perlu digunakan untuk tujuan positif dan jangan kita diperlekakan dan perlu juga berhati-hati dengan penipuan di alam siber yang melibatkan kerugian ribuan ringgit.
Kerajaan sentiasa berusaha untuk membantu meningkatkan kesejahteraan rakyat dari masa kesemasa, dimasa senang dan dimasa susah. Sebanyak RM58 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri bagi membantu mangsa banjir baru-baru ini dalam membekalkan makanan dan selimut kepada mangsa banjir.
Dalam majlis berkenaan, Dato' Shahaniza menyampaikan 5 buah komputer kepada pihak sekolah sumbangan dari SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media) Pahang.
Sebahagian pelajar Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar


No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor