Khabarnya baru-baru ini Jabatan Imigresen telah bagi tahu harga pasport antarabangsa dikurangkan dari RM300.00 kepada RM200.00 bagi 5 tahun. Bagaimanapun memansuhkan pembaharuan bagi kadar 2 tahun. (Baca Sini)
Bagi mereka yang selalu ke luar negara akan menyambut baik berita itu. Tapi bagi rakyat biasa macam Tok Awang ni, tidak merasakan apa-apa.
Bahkan Tok Awang lihat tindakan itu lebih membantu golongan yang berada dan berkemampuan serta merugikan kerana seakan-akan menggalakan warga negara melancong ke luar negara dan membawa serta membelanjakan wang di luar negara. Bukankah tindakan ini akan merugikan negara terutama dalam saat ringgit kita menurun.
Golongan miskin dan tidak berkemampuan seperti Tok Awang ini sudah pasti tidak akan ke luar negara, Begitu juga dengan kebanyakan mangsa yang dilanda banjir baru-baru ini, usahkan untuk melawat luar negara, untuk mendapatkan rumah untuk berteduh dan sesuap nasi pun belum tentu.
Jadi Tok Awang tidak nampaklah apa perlunya kadar pasport antarabangsa kita diturunkan ketika ini, bahkan ianya bertentangan dengan saranan Kementerian Pelancongan supaya melancong didalam negara bagi mengelakan pengaliran keluar Ringgit Malaysia.
Tok Awang pun dah tak faham kerana semakin hari semakin ramai orang yang bijaksana dan bijaksini.
Tok Awang Selamat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor