Pages

Friday, January 16, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : BAGAIMANA BANJIR BOLEH DIHINDARI?




Banjir kerana hujan. Tak hujan taklah banjir. Banjir kerana hujan.

Di hutan, bila hujan air akan menyerap dilantai hutan hampir 70% sebelum mengalir ke sistem saliran semula jadi sama ada paya, tasik atau sungai. Kehilangan lapisan lantai hutan akan sebabkan kesemua air hujan yang turun terus mengalir ke sungai dan menyebabkan paras sungai meningkat dan terjadinya banjir. Kurangkanlah pembalakan mungkin mampu atasi sebahagian masalah ini.

Di bandar-bandar, banjir kilat selalu berlaku sebab sistem saliran yang kurang sempurna dimana air hujan tidak dapat mengalir dengan bebas ke sungai-sungai. Mungkin kerana longkang yang sempit atau ketiadaan longkang sama sekali. Mungkin juga sebab longkang tersumbat kerana tak ada senggaraan oleh pihak tertentu. Pihak berkuasa dan kerajaan tempatan kena buka mata luas-luas.. mungkin mampu atasi sebahagian masalah ini.

Selain itu kita banyak melihat parit dan paya-paya ditambun untuk dijadikan tapak pembinaan bagi kawasan perumahan atau bangunan bandar baru. Jadi, kemana lagi air akan mengalir jika bukan ke atas jalan raya. Bila sebelum ada menteri kata nak jadikan jalan raya sebagai lebuh raya sungai, sungai dah terlebih dahulu jadikan jalan raya sebagai ilham menteri itu.. buka minda luas-luas mungkin mampu atasi sebahagian masalah ini.

Mungkin pihak berkuasa dan kerajaan tempatanserta Jabatan Alam Sekitar perlu lebih berhati-hati dalam merancang pembangunan dan bandar baru agar memastikan saliran yang cukup dan sempurna serta jangan sesekali merosakkan paya dan tasik serta mana-mana takungan air kerana itu akan berupaya membantu membantutkan banjir kilat dari berlaku.... mungkin mampu atasi sebahagian masalah ini.

Tok Awang rasa, ahli-ahli majlis daerah dan majlis perbandaran selalu melawat ke luar negara, tapi apa yang mereka bawa balik jika bukan pengetahuan dan pengalaman bagaimana merancang bandar dan menguruskan alam sekitar?

Di negara maju, mereka membina bangunan diatas tapak yang diteres mengikut kontor dan muka bumi tanpa perlu meratakan bukit dan menimbus paya, jadi kenapa kita perlu? Apakah kerana kita bukan dari negara maju atau kita berfikiran seperti rakyat dinegara tidak maju?

Mungkin juga Tok Awang silap sebab Tok Awang pun bukan pernah melawat luar negara, jauh sekali dari belajar dan sekolah diluar negara, cuma Tok Awang selalu menengok tv saja dan belajar dari pemerhatian. Kalaulah kerajaan bawa Tok Awang lawat luar negara, tentu Tok Awang akan lebih bijaksana dan bijaksini.


Tok Awang Selampit.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor