Pages

Tuesday, January 13, 2015

KUANTAN: TERIMA BANTUAN KHAS BANJIR PALING LEWAT JUMAAT INI


Kuantan - Mangsa banjir di Pahang akan menerima bantuan khas kerajaan persekutuan sebanyak RM500 bagi setiap isi rumah selewat-lewatnya Jumaat ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, kira-kira 20,000 keluarga yang berpindah ke pusat pemindahan sementara akan menerima bantuan itu.

Katanya, keluarga yang tidak berpindah ke pusat pemindahan turut menerima jumlah yang sama, dan jumlah senarai itu sedang dikemas kini oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang.

"Saya meminta mereka yang tidak berpindah ke pusat pemindahan supaya berdaftar dengan Pengerusi Kejiranan Rukun Tetangga, penghulu atau ketua kampung di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Bantuan Mangsa Banjir Pahang, di sini, hari ini.
¸
Bantuan khas itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Khamis lepas.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara berkata mangsa yang kematian anggota keluarga akibat banjir pula akan diberi bantuan wang tunai RM5,000.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor