Pages

Tuesday, January 13, 2015

IDRIS BIDAS SEBAR GAMBAR PALSU


Antara gambar yang disebarkan di media sosial minggu lalu menunjukkan kononnya Melaka dilanda banjir teruk.


Bandaraya Melaka - Ketua Menteri membidas tindakan pihak yang sengaja menyebarkan maklumat dan gambar palsu kononnya banjir teruk melanda beberapa kawasan di Melaka, minggu lalu.

Sambil menyifatkan ia sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab, beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak terus percaya mengenai apa saja maklumat termasuk kejadian banjir yang disebarkan di media sosial, sebelum mendapat pengesahan pihak sepatutnya.

“Kebanyakan maklumat disebarkan menerusi media sosial adalah gambar palsu atau gambar lama.

“Sikap tidak bertanggungjawab ini jelas menunjukkan mereka ini mempunyai niat tidak baik ataupun berunsurkan politik,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Idris berkata, kerajaan negeri sentiasa komited ke arah menangani masalah banjir kilat di negeri ini.

“Kerajaan negeri sentiasa bersedia dalam membuat persiapan bagi menghadapi isu ini kerana kejadian sebegini bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat tetapi juga kepada kerajaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor