MB Pahang menerima Sumbangan Bencana Banjir dari Perodua
Foto: Ramly Abd Aziz
Menteri Besar Pahang, DSD Adnan Yaakob dalam satu sidang akhbar ringkas memaklumkan PAIP (Pengurusan Air Pahang Berhad) bersetuju tidak mengenakan caj bil air bagi bulan ini di seluruh Negeri Pahang kepada pengguna domestik. Ini adalah antara usaha kerajaan bagi meringankan bebanan rakyat yang terlibat dalam bencana banjir lalu.
Seramai 310,000 pengguna domestik terlibat dan kos yang ditanggung oleh Pengurusan Air Pahang adalah sebanyak RM5.58 juta. Menurutnya lagi, kerajaan prihatin dan memahami kesulitan membayar bil air bulan ini memandangkan ramai yang menggunakan air dalam jumlah yang banyak bagi mencuci kediaman dan peralatan rumah masing-masing selepas banjir.
DSD Adnan juga berharap agar Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengikut langkah PAIP bagi mengurangkan beban kewangan yang dihadapi mangsa-mangsa banjir.
Selain itu DSD Adnan berkata, mangsa banjir yang hilang geran tanah akibat bencana itu diminta membuat laporan polis sebelum membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah berkenaan untuk mendapat geran baharu.
Beliau memaklumkan kerajaan negeri akan mempercepatkan pemberian bantuan RM500 kepada keluarga mangsa banjir secara berperingkat mulai minggu ini.
Sebelum itu beliau menerima sumbangan kepada mangsa bencana banjir bagi pihak kerajaan Negeri Pahang dari Syarikat Produa dan YTL di Kompleks Yayasan Pahang.
MB menerima Sumbangan dari Syarikat YTL disaksikan
YB DS Mohd Sharkar dan Dato' Shafik Fauzan
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor