12. Siapakah dimanahkan sebagai pelaksana bagi permohonan BR1M? Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah dilantik oleh kerajaan sebagai agensi pelaksana dalam memproses dan membuat verifikasi permohonan.
13. Apakah perbezaan borang BR1M 2015 berbanding tahun lalu? Pada tahun ini terdapat ruangan waris untuk Skim Khairat Kematian bagi menggantikan ibr1M.
14. Mengapa tahun 2015 diwajibkan mengemaskini sedangkan tahun lepas sudah mengisi borang? Pengemaskinian ini penting untuk mendapat maklumat tepat berkenaan taraf perkahwinan dan kenaikkan gaji. Ianya juga bagi memastikan mereka yang layak sahaja wajar mendapat BR1M.
15. Bagaimana sekiranya gagal mengemaskini? Sesiapa yang gagal mengemaskini akan mengakibatkan kegagalan menerima BR1M.
16. Adakah wajib mengisi nombor akaun bank?. Ya, wajib mengisi nombor akaun bank bagi permohonan dan kemaskini melalui online.
17. Apa kelebihan bagi mereka yang mempunyai akauan bank? Penerima BR1M yang memiliki akaun bank akan disalurkan wang terus ke akaun bank mereka dengan cepat tanpa perlu beratur untuk menerima bantuan kewangan itu.
18. Akaun bank manakah yang diterima? Pemohon BR1M 2015 disaran membuka akaun bank dari salah satu dari 17 bank seperti berikut: - Affin Bank Berhad - Agro Bank - Alliance Bank Malaysia Berhad - Am Bank Berhad - Al Rajhi Bank - Bank Islam Malaysia Berhad - Bank Rakyat - Bank Muamalat Malaysia Berhad - Bank Simpanan Nasional - Cimb Bank Berhad - Citibank Berhad - Hong Leong Bank - Maybank - OCBC Bank - Public Bank Berhad - RHB Bank Berhad - Standard Chartered Bank Malaysia BHD
19. Jenis akaun apakah yang dibenarkan? Jenis akaun yang dibenarkan adalah akaun simpanan bank atas nama pemohon BR1M sahaja. Akaun pinjaman, akaun bersama dan akaun syarikat adalah tidak dibenarkan.
20. Bilakah pembayaran BR1M 2015 akan dilaksanakan? Pembayaran BR1M 2015 akan dibayar sebayak tiga kali setahun kepada penerima kecuali penerima yang layak mendapat bayaran RM350 akan diberi mulai 28 Januari 2015. Jadual pembayaran BR1M 2015 adalah seperti berikut:
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor