Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, tiga pegawai yang akan didakwa itu adalah antara 30 pegawai yang disyaki terlibat dalam skandal rasuah berkenaan.
Katanya, seorang daripada pegawai itu turut berdepan dakwaan kes penyalahgunaan dadah mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Bagaimanapun, pendakwaan hanya akan dilakukan apabila dua daripada pegawai itu kembali sihat setelah mengalami demam denggi," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sejumlah 30 pegawai kanan dan anggota JKDM ditahan sejak 2 September lepas dalam operasi khas SPRM berhubung aktiviti rasuah membabitkan penyeludupan minuman keras tanpa duti dan cukai kastam membabitkan kerugian RM4 bilion kepada negara.
Daripada jumlah itu, 25 orang telah didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam, Kuala Lumpur dan Ipoh secara berperingkat.
Penahanan semua individu itu hasil pemantauan lebih setahun di kawasan PKFZ.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor