
Demikian kenyataan pengarah prolifik, Mamat Khalid mengenai hubungannya dengan pelakon, Shy8 atau lebih mesra disapa sebagai Usop Wilcha itu.
Menerusi ruangan pojok sebuah akhbar mingguan sebelum ini (bukan Sinar Harian), hubungan pengarah Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit dan pelakon komedi terbabit dikatakan bermasalah sehingga bermasam muka.
Mamat dikatakan sengaja mengubah skrip ketika penggambaran filem Usop Wilcha Menggonjang Makhluk Muzium (UWMMM) yang diterbitkan sendiri oleh Usop Wilcha.
Mengakui terkejut dengan dakwaan tersebut, Mamat berkata, jika benar pelakon itu berasa hati, dia harus datang bertemu dan berbincang dengannya.
“Kalau benarlah ada keluh kesah daripada diri dia, sayalah orang pertama yang patut tahu dan bukannya yang terakhir.
“Jika ada perselisihan faham di dalam produksi, lebih baik selesaikannya secara berjumpa. Tidak perlu nak mencari orang ketiga untuk menyampaikan niat itu.
“Mengenai soal skrip yang kerap diolah, ia adalah perkara biasa dalam penggambaran. Jika saya rasa skrip yang dibuat itu tidak sesuai saya akan minta dia ubah menjadi lebih baik,” katanya kepada Zass ketika ditemui pada majlis tayangan perdana telefilem Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya.
Bagaimanapun, akui Mamat, dia baru sahaja berjumpa Usop atas urusan proses suntingan filem dan hubungan mereka tidaklah sepertimana yang digembar-gemburkan.
“Saya tak mahu panjangkan lagi isu ini. Saya halalkan saja apa dakwaan dia terhadap saya sebelum ini," kata Mamat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor