Pages

Saturday, October 11, 2014

PUSAT PERCETAKAN AL-QURAN DI PUTRAJAYA


bajet2015

Kuala Lumpur - Pusat Percetakan Al-Quran, yang kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi, bakal dibina di pusat pentadbiran negara, Putrajaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagi tujuan itu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM30 juta. 

"Pusat ini, atas inisiatif kerajaan bersama Yayasan Restu, dijangka dapat mencetak sehingga sejuta naskhah al-Quran setahun untuk diedarkan ke seluruh dunia.

"Selain itu, pusat ini juga akan menjadi tempat tumpuan penggiat dan penggemar seni khat," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan ‘Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat’ di Dewan Rakyat di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor