Pages

Friday, October 10, 2014

PENGURANGAN CUKAI PENDAPATAN BAGI SELURUH RAKYAT


bajet2015

Kuala Lumpur - Pembayar cukai akan menikmati pengurangan cukai sekurang-kurangnya sehingga 5.3 peratus.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pengurangan tersebut bertujuan untuk memantapkan lagi urus tadbir fiskal negara dan mengurangkan beban cukai yang ditanggung rakyat.

Katanya, ia akan dikuatkuasakan seiring dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menjelang tahun hadapan.

"Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan. Melalui langkah ini, seramai 300,000 individu kini dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan," katanya.

Dalam sesi perbentangan Bajet 2015 hari ini, Perdana Menteri turut mengumumkan langkah penstrukturan semula pendapatan bercukai bagi setiap individu di negara ini.

"Kadar maksimum bagi pendapatan bercukai akan dinaikkan daripada melebihi RM100,000 kepada lebih RM400,000. Pengurangan satu hingga dua mata peratusan kadar cukai pendapatan koperasi.

"Manakala menjelang 2016, kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus dan daripada 20 peratus hingga 19 peratus bagi syarikat kecil serta sederhana," katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor