Kuala Lumpur - Polis mengenal pasti bom yang digunakan dalam insiden letupan di hadapan sebuah kelab malam di Kompleks Sun, Bukit Bintang pagi semalam adalah bom tangan M67.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa memberitahu Bernama hasil siasatan polis mendapati kedua-dua bom itu dikenal pasti berdasarkan daripada nombor pin yang tertera M67 dan tahun 1983.
``Nombor pengenalan menunjukkan bom itu dihasilkan pada tahun 1983 jenis buatan lama yang selalu digunakan pada zaman perang..dan yang pasti, bom itu bukannya buatan negara kita,'' katanya.
Seorang joki kereta, Tiong Kwong Yie, 36, maut dan 12 lagi cedera termasuk pelancong asing dalam serangan bom tangan yang dipercayai melibatkan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap, di hadapan sebuah kelab malam, Kompleks Sun pada pukul 4.20 pagi.
Ia dipercayai kejadian serangan bom pertama di pusat hiburan di negara ini.
Sehingga kini, mangsa yang cedera merupakan enam rakyat tempatan, seorang lelaki Thailand, seorang lelaki Singapura dan empat wanita warga China.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor